Sunday, February 12, 2012

Hafalan Sholat Delisa

 


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku


9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)




ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku


indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)


"Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum..

MashaAllah sedihnya lagu ni..Semalam layan la tgk cita yang kawan-kawan kat facebook kata best. Tak dinafikan memang terbaek..Mengalir jugak la airmata bila tengok betapa sayang dan besarnya pengorbanan sorang ibu untuk anak-anak.
Dengar pulak lagu dia dengan senikata yang cukup menusuk kalbu..huhuhu

Jangan la kita sebagai anak abaikan ibubapa kita sementara diorang masih ada ye.. Tak bau syurga kita nanti..Jasa ibu dan ayah xde perkataan yang dapat nak diucapkan betapa besarnya pengorbanan diorang pada kita.. Cuma doa anak yang soleh/solehah aje yang dapat kita iringi.

Saya sayang mak abah saya. Walaupun kadang-kadang ada perselisihan paham tp sebagai anak kena la mengalah. Apa teguran diorang tu betul.

Semoga Allah memberikan ganjaran syurga pada mak ngan ayah dan juga mertua saya..

Ya Allah.. makbulkan doaku sebagai seorang anak yang banyak membuat silap.
Tempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan..Amin :'(


Thursday, January 26, 2012

Projek Preschool

Assalamualaikum. Selamat pagi jumaat semoga diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna..

Sekejap aje arini dah nak masuk penghujung bulan Januari 2012. Pejam celik dah kat sebulan kita di tahun 2012. Semoga perancangan awal tahun setakat ni success.. Lama betul la tak jenguk blog. ntah dilanda garuda ke blog ni.

Tahun baru cina hari tu tak ke mana-mana pun..Lepak kat rumah je la sebab banyak assignment yang nak disiapkan.Mana yang nak kena observe budak. Mana yang nak kena buat buku cerita kanak-kanak.Benda baru yang nak kena belajar.

Sekarang ni pulak cuaca tak emnentu..Sekejap panas sekejap hujan..Adam & Aisyah pun dah selesema..Sama la dengan ibu dia..Time banayk keja ni la pulak berjangkit demam selesema dengan budak-budak ni.Tapi nak buat macamana kan..

Haaa semalam saya pegi ke Jusco AU2 nak cari material untuk buat buku cerita kanak-kanak. Terjumpa la benda ni.. So, beli la untuk Adam (tp sebenarnya ibu dia yang buat).



Cantikkan..Adam bukan main seronok lagi dapat buat benda ni. Bagus untuk kognitif kanak-kanak..Diorang boleh belajar berfikir dan menyelesaikan masalah..

Dari kecik ni diorang kena pandai berfikir dan kreatif untuk perkembangan minda diorang.

Ok la skang ni pun dah pukul 8:11 pagi..nak siapkan sarapan dulu..

Wasalam

Today's Note : A Preschool Experience: Q & A : Language Development - When can my child r...

Today's Note : A Preschool Experience: Q & A : Language Development - When can my child r...: "If I were to send my child to school, when can she be able to read? How long will it take for my child to read? What method are you using...

Monday, January 16, 2012

Adam's 2nd performance after Night Walk for Ramadhan at Taman Wetland

Assalamualaikum..


Lamanya tak update blog ni..Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru kan pada semua kawan-kawan dan family..Sibuk yang teramat sangat..Masuk tahun baru ni kena mulakan dengan langkah yang positif sikit..Permulaan tahun baru ni saya dah start kelas di Universiti Malaya..Saya ambik jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya nak tukar profession dari banker ke guru..hahaha..boleh ke?????

InsyaAllah boleh kot..Banyak betul gambar & video anak-anak yang saya tak sempat nak upload..ni pun sambil-sambil duk kepala pusing nak siapkan assignment, curi la masa skit jenguk-jenguk blog yang dah lama tak jenguk ni..Video ni masa program genius Aulad kat Tropicana Golf & Country Resort di Kota Damansara..Dah bertahun baru nak upload ye..Takpe janji upload kan..hehehe


Kesian tengok semua teacher gigih betul diorang ni nak control budak-budak tu..sabar ye teacher semua..
Tapi mesti diorang puas hati bila setiap sesi habis buat persembahan.. Nak lagi??? ok jom tengok video ni plak ye..apa jadi dengan budak-budak ni



Memang kesian kan bila kanak-kanak ni terlalu excited nak buat persembahan..Tapi memang bagus Genius Aulad menganjurkan program macam ni..selama ni ibubapa cuma mendengar apa yang anak-anak citakan apa yang diorang belajar kat sekolah..so sekarang ni diorang dah buktikan apa yang diorang belajar tu memang masuk dalam otak diorang..hehehe



Template by:

Free Blog Templates