Sunday, February 12, 2012

Hafalan Sholat Delisa

 


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku


9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)




ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku


indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)


"Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum..

MashaAllah sedihnya lagu ni..Semalam layan la tgk cita yang kawan-kawan kat facebook kata best. Tak dinafikan memang terbaek..Mengalir jugak la airmata bila tengok betapa sayang dan besarnya pengorbanan sorang ibu untuk anak-anak.
Dengar pulak lagu dia dengan senikata yang cukup menusuk kalbu..huhuhu

Jangan la kita sebagai anak abaikan ibubapa kita sementara diorang masih ada ye.. Tak bau syurga kita nanti..Jasa ibu dan ayah xde perkataan yang dapat nak diucapkan betapa besarnya pengorbanan diorang pada kita.. Cuma doa anak yang soleh/solehah aje yang dapat kita iringi.

Saya sayang mak abah saya. Walaupun kadang-kadang ada perselisihan paham tp sebagai anak kena la mengalah. Apa teguran diorang tu betul.

Semoga Allah memberikan ganjaran syurga pada mak ngan ayah dan juga mertua saya..

Ya Allah.. makbulkan doaku sebagai seorang anak yang banyak membuat silap.
Tempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan..Amin :'(


Thursday, January 26, 2012

Projek Preschool

Assalamualaikum. Selamat pagi jumaat semoga diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna..

Sekejap aje arini dah nak masuk penghujung bulan Januari 2012. Pejam celik dah kat sebulan kita di tahun 2012. Semoga perancangan awal tahun setakat ni success.. Lama betul la tak jenguk blog. ntah dilanda garuda ke blog ni.

Tahun baru cina hari tu tak ke mana-mana pun..Lepak kat rumah je la sebab banyak assignment yang nak disiapkan.Mana yang nak kena observe budak. Mana yang nak kena buat buku cerita kanak-kanak.Benda baru yang nak kena belajar.

Sekarang ni pulak cuaca tak emnentu..Sekejap panas sekejap hujan..Adam & Aisyah pun dah selesema..Sama la dengan ibu dia..Time banayk keja ni la pulak berjangkit demam selesema dengan budak-budak ni.Tapi nak buat macamana kan..

Haaa semalam saya pegi ke Jusco AU2 nak cari material untuk buat buku cerita kanak-kanak. Terjumpa la benda ni.. So, beli la untuk Adam (tp sebenarnya ibu dia yang buat).



Cantikkan..Adam bukan main seronok lagi dapat buat benda ni. Bagus untuk kognitif kanak-kanak..Diorang boleh belajar berfikir dan menyelesaikan masalah..

Dari kecik ni diorang kena pandai berfikir dan kreatif untuk perkembangan minda diorang.

Ok la skang ni pun dah pukul 8:11 pagi..nak siapkan sarapan dulu..

Wasalam

Today's Note : A Preschool Experience: Q & A : Language Development - When can my child r...

Today's Note : A Preschool Experience: Q & A : Language Development - When can my child r...: "If I were to send my child to school, when can she be able to read? How long will it take for my child to read? What method are you using...

Monday, January 16, 2012

Adam's 2nd performance after Night Walk for Ramadhan at Taman Wetland

Assalamualaikum..


Lamanya tak update blog ni..Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru kan pada semua kawan-kawan dan family..Sibuk yang teramat sangat..Masuk tahun baru ni kena mulakan dengan langkah yang positif sikit..Permulaan tahun baru ni saya dah start kelas di Universiti Malaya..Saya ambik jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya nak tukar profession dari banker ke guru..hahaha..boleh ke?????

InsyaAllah boleh kot..Banyak betul gambar & video anak-anak yang saya tak sempat nak upload..ni pun sambil-sambil duk kepala pusing nak siapkan assignment, curi la masa skit jenguk-jenguk blog yang dah lama tak jenguk ni..Video ni masa program genius Aulad kat Tropicana Golf & Country Resort di Kota Damansara..Dah bertahun baru nak upload ye..Takpe janji upload kan..hehehe


Kesian tengok semua teacher gigih betul diorang ni nak control budak-budak tu..sabar ye teacher semua..
Tapi mesti diorang puas hati bila setiap sesi habis buat persembahan.. Nak lagi??? ok jom tengok video ni plak ye..apa jadi dengan budak-budak ni



Memang kesian kan bila kanak-kanak ni terlalu excited nak buat persembahan..Tapi memang bagus Genius Aulad menganjurkan program macam ni..selama ni ibubapa cuma mendengar apa yang anak-anak citakan apa yang diorang belajar kat sekolah..so sekarang ni diorang dah buktikan apa yang diorang belajar tu memang masuk dalam otak diorang..hehehe



Wednesday, November 23, 2011

Apam Belang @ Kek Belang

Assalamualaikum..

Selamat pagi minggu pada semua dan selamat beristirehat..Rehat cukup-cukup sebab esok dah nak keja semulakan..

Semalam Memang riuh rendah rumah ni bila tengok bola Malaysia Lawan Myanmar..Macam nak pecah rumah ni..Tapi seronok jugak dapat layan bola ramai-ramai kan..Tengaha ri semalam pun sempat la lari kejap pegi cari barang nak buat apam yang member tempah..

Sebelum ni ada jugak buat anta kat sekolah Adam untuk dia ngan kawan-kawan makan time rehat..Senang je nak buat apam ni rupanye..Saya dapat resepi ni dari masam manis..Terima kasih pada Ita tuan empunye blog sebab semenjak saya jengah blog dia banyak resepi yang saya cuba buat & hasilnya memang best..

Hari ni saya nak kongsikan resepi yang saya dapat dari masam manis .. resepi arini Apam Belang ke Kek Belang pun boleh la kot..hehehehe..ok jommmm

Apam Belang / Kek Belang

sumber: masam manis




Bahan-bahannya:-

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (saya campurkan 200ml santan kotak +  50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna (terpulang la nak letak apa-apa colour)




Cara-caranya:-

* Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
* Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
* Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
* Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Cara-cara nak membelang:-

Ok camni..saya buat camni..mula-mula ambik 3 sudu adunan dari satu colour..letakkan kat tengah-tengah loyang..Pastu ambik pulak colour lain dan cedukkan 3 sudu lagi dan letakkan kat atas adunan yang pertama tadi..buat proses yang sama sampai habis...

Opsss sebelum terlupa..panaskan dulu ye kukus tu..So nanti bila dah siap membelang boleh la terus masukkan dalam kukusan selama 30-45 minit (sampai betul-betul masak)



Bila dah siap membelang ni hasilnya..lepas ni boleh la dimasukkan kat dalam kukus..


 Ni pulak bila dah siap..Atas tu saya potong sebab atas tu macam merekah skit


So dah ready untuk dihantar pada member yang order tu..

Selamat mencuba ya kawan-kawan..boleh la dibuat minum petang.. Selamat mencuba

Friday, November 18, 2011

Quiche ayam





Lagi seminggu Adam sekolah tadika lepas tu ddah start cuti hujung tahun,..Tapi ada sekolah yang dah start cutikan..Minggu ni last sekolah..Tapi takpe la kalau sekolah lagi pun..

Cuti-cuti ni tak tau nak kemana..berehat aje la kat rumah..Tapi sempat la buat quiche..sapa nak salin resepi boleh la salin ye..Jom kita tengok resepi dia

Quiche Ayam

Bahan-bahannya:-

Dada ayam dipotong dadu (ikut banyak mana nak buat)
Sosej dipotong dadu
Bayam dicelur dan dikerat
10 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cheese Cheedar (diparut)
2 biji kentang (direbus dan dilenyek) saya guna mash potato yg instant tu
1tin Mushroom soup 
suku cawan fresh milk
Kulit pie ( boleh beli kat kedai yg jual barangan buat kek)

Cara-caranya:-

* Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan

* Kemudian masukkan dada ayam dan sosej yang telah dipotong dadu tadi..

* Bila dah agak-agak masak boleh la masukkan mushroom soup tadi dan gaul rata

* Kalau agak kering boleh la masukkan fresh milk ke dalam adunan

* Kemudian masukkan bayam yang telah dicelurkan tadi..biarkan sejuk dulu sebelum masukkan dalam acuan


Cara-cara penyediaan:-

* Sediakan loyang pembakar pie..masukkan pastri pie yang telah dicanaikan ke dalam loyang..

* Kemudian masukkan bahan yang telah dimasakkan tadi ke dalam acuan pastri

* tutupkan adunan tadi dengan mash potato & taburkan cheese cheedar kat atas mash potato tu

* Last sekali bakar dalam ketuhar 170"c selama 40-50 minit..



Ni la rupa sebelum dibakar...pasang api atas bawah ye nanti


Ni pulak rupa bila dah siap dibakar


Ni pulak rupa bila dah siap dipotong..Tapi snap gambar tak berapa cantik sangat la..

Hehehe..berpeluh la jugak nak siapkan benda ni..Tapi bila dah siap memang best la..Tima kasih pasa kakak saya choc a lots yang sanggup berkongsi resepi..Dia ni pun rajin gak..Pada member-member yang nak tempah kek, coklat, barang hantaran boleh terus ke blog dia yang saya dah masukkan ni ye..

Ok la..Nak bersiap pegi kedai kek kejap cari bahan untuk nak buat kek petang ni..nanti kita jumpa lagi ye...chaouuuuuu

Thursday, November 17, 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum..

Aduiii sibuk betul semenjak 2menjak ni..tak sempat nak update blog..hehehe

Ahad aritu kitorang bali ke kajang..sibuk la mencuba buat Puding Kasih Bertaut yang mana resepinya diceduk dari Azlita Aziz punya blog..kalau tengok blog dia memang cantik-cantik dan sedap-sedap semua yang dia masak..aduiii lagi..memang tak sempat nak kejar apa yang dia ajar..

Kebetulan barang-barang dah siap ada tangan pun rajin la capai itu ini buat persediaan untuk nak mencuba nasib buat puding ni..jom tengok resepi dia..Pen ngan kertas dah siap ke..haaaa salin cepat ye..

Puding Kasih Bertaut

Bahan-bahan A 
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air

200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur

2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita


Cara Bahan A

* Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.


* Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (Masak atas api perlahan ye) Setelah mendidih, tutup api.


* Bahagi larutan agar-agar kepada 2-3 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.(saya gunakan mould coklat) Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.


Bahan-bahan B 


1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)

500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.


Cara Menyediakan Puding

Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.



Haaa ni la rupa puding yang saya buat..tak la secantik tuan empunya resepi yang buat..Nak tengok tak tuan empunye resepi ni buat..memang cantik giler la..hahahha



Haaaa kan beza tu..memang cantik betul tuan empunye resepi Masam Manis ni buat..Tangan orang yang berseni la katakan..hehehehe..Tapi saya memang kagum dengan Ita tuan empunya blog ni..sesapa rajin boleh jenguk-jenguk blog dia..mesti kagum..Yang saya buat ni mungkin tak berapa cantik sebab acuan tu kot..kalau jumpa acuan bulat mesti cantik bangat..(salahkan acuan la pulak)..Takpe lain kali kita boleh buat lagi..Saya budak baru belajar..hehehehe..

Ok la pada yang nak mencuba boleh la salin resepi yang tak seberapa ni..Orang kata ilmu tak baik kedekutkan..hehehehe...

Selamat mencuba & selamat menjamu selera

Template by:

Free Blog Templates