Monday, January 16, 2012

Adam's 2nd performance after Night Walk for Ramadhan at Taman Wetland

Assalamualaikum..


Lamanya tak update blog ni..Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru kan pada semua kawan-kawan dan family..Sibuk yang teramat sangat..Masuk tahun baru ni kena mulakan dengan langkah yang positif sikit..Permulaan tahun baru ni saya dah start kelas di Universiti Malaya..Saya ambik jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya nak tukar profession dari banker ke guru..hahaha..boleh ke?????

InsyaAllah boleh kot..Banyak betul gambar & video anak-anak yang saya tak sempat nak upload..ni pun sambil-sambil duk kepala pusing nak siapkan assignment, curi la masa skit jenguk-jenguk blog yang dah lama tak jenguk ni..Video ni masa program genius Aulad kat Tropicana Golf & Country Resort di Kota Damansara..Dah bertahun baru nak upload ye..Takpe janji upload kan..hehehe


Kesian tengok semua teacher gigih betul diorang ni nak control budak-budak tu..sabar ye teacher semua..
Tapi mesti diorang puas hati bila setiap sesi habis buat persembahan.. Nak lagi??? ok jom tengok video ni plak ye..apa jadi dengan budak-budak ni



Memang kesian kan bila kanak-kanak ni terlalu excited nak buat persembahan..Tapi memang bagus Genius Aulad menganjurkan program macam ni..selama ni ibubapa cuma mendengar apa yang anak-anak citakan apa yang diorang belajar kat sekolah..so sekarang ni diorang dah buktikan apa yang diorang belajar tu memang masuk dalam otak diorang..hehehe



0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates